Malaysia-Indonesia

Congrat kepada pasukan Malaysia. Aku hidup separuh2. Malaysia, juga Indonesia. Atas sebab tu aku tak memihak mana-mana. Cuma, tadi ku menangis juge terbaca komen-komen penghinaan bangsa. Aku tak boleh, tak sanggup. Terus terang aku bgtau, aku kecik hati kalau ada kawan-kawan yang mengutuk Indonesia. "Orang Indon BODOH, bangsa MURAHAN" dan seangkatan dengannya. Aku tak kisah kalau korang nak tunjuk rasa tak puas hati ke atas penonton, fan, rakyat yang sememangnya buat masalah, cuma tolong jaga bahasa sikit. Jangan sampai timbul soal racist, yang mengutuk bangsa itu bangsa ini.

Malaysia kutuk Indonesia atau Indonesia kutuk Malaysia, dua-dua buat aku sakit hati. Walaupun jiwa aku lebih ke Malaysiaan, asal dan tanah kelahiran aku tetap Indonesia. Bagi aku dua-dua negara aku. Aku minta maaf la kalau aku berterus terang sebab sejak aku kecik lagi aku ada masalah ni, so aku nak kawan-kawan faham dan tahu sensitiviti aku.

Situasi 1
Setiap kali mulanya tahun persekolahan, aku paling takut bila disuruh perkenalkan diri kerana namaku yang pelik dan aku tak mahu orang tahu aku Indonesia. SEBAB taknak dikutuk.

Situasi 2
Aku menang no1 pertandingan kafa Agama, diumumkan semasa perhimpunan sekolah, bila cikgu sebut nama penuh aku, FIRA ADRIANTA BINTI MULIONO, semua budak kat sekolah tu ketawa kan aku. Aku malu, xnak amik hadiah, gara-gara nama INDO-ku.

Situasi 3
Prejudis cikgu perempuan yang bencikan Indonesia, ku dihina. Dia memburukkan aku depan ibu kawan baikku, kononnya aku lah yang mengajar kawanku cakap, "babi", "sial", padahal kawanku tu memang mcm tu, kenapa aku yang dipersalahkan sedangkan aku tak pernah pun sebut perkataan tu.

Situasi 4
Dan yang paling menyakitkan hati bila cikgu tu kata, "bapak awak kerja kilang kan?". Dalam hati, "Hello~ tolong skit bapak sy engineer. owh bila Indonesia je, nak kata papa kerja buruh ar?". Atas sebab dasar hormatku kerana beliau ialah cikgu, maka ku diam je.

Situasi 5
Ini kerap sangat berlaku dari dulu. Kadang-kadang ada kawan yang tak sedar, bila dorg membenci orang Indonesia, terkeluar perkataan-perkataan yang menyakitkan seperti, "Orang Indon memang mcm tu, x sedar diri, dah la menumpang negara orang". Walaupun dorg tak tujukan pada aku, aku mesti akan balik rumah dan menangis. Ada juga kawan yang alert dan faham sensitiviti aku, terima kasih.

Aku ingat aku je yang ada prob mcm ni, yela dalam adik beradik aku sorg je yang lahir kat Indonesia. Adik-adik semua Malaysia. Tapi bila mula sekolah, ku selalu menolong dorg tulis nama kat buku2 sekolah, dorg akan cakap, "weih jgn tulis nama PAPA tau". Rupanya dorg pun nak sorokkan identiti. Muhammad Faizal, Ahmad Yusuf, Ahmad Fuad, tanpa BIN.

Bila aku dah dewasa, aku mula berfikir. Bukan salah papa atau mama yang lahir di Indonesia, bukan salah mereka juga aku lahir disana. Kenapa aku harus malu dengan bangsaku sendiri. Sekarang aku tak kisah lagi nak sebut nama penuh kat mana-mana, FIRA ADRIANTA BINTI MULIONO. Who cares?

Ini bukan soal bangsa, tapi individual. Kita semua sama, dari Adam dan Hawa, kita juga semua saudara. I'm proud to be MALAYSIAN, but I'm also INDONESIAN. Cannot run from it, it is my blood relation. End~!

Mini Celebrate (26 Dec)





Thanks kat adik2 aku ni~ muahhh!!

Kasih

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.


Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.


KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.


Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.


"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..


"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"


"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.


"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."


"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."


CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.


"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?



LOVE isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best...

but its about who CAME & NEVER LEFT...!

Menangislah…



Sumber: Azuan Shah Tahir

Outing~ oww KL~




Dah sihat lah nampaknya adik aku nih.. Alhamdulillah..
Pizza-hut lagi hari ni.. nostalgia lama..

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
4) Lelaki yang baik sangka.
5) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati seperti yang ada pada Nabi Muhammad.


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Wanita yang tabah setelah ditinggalkan.
4) Wanita yang tidak meminta-minta agar memenuhi keinginannya.

Kegagahan wanita berdiri di atas teguhnya iman seperti yang ada pada Khadijah.


Ash vector

Kenapa rambut merah?? Saje je aku ubah-ubah..
Jangan mara ye encik~


Then after this I'll try new style that more sharp than previous..
In progress learning a new tool.. maybe takes much time but i DON'T CARE!!!
Go Go!!

Oh hari ni ~

Bangun pagi-pagi, benda pertama yang ku capai, encik Gitar. Oh lupa bagitau, beliau ialah boyfren baru sayer.. Kenapa? Ada masalah ke?? Goreng-goreng sampai termasak kacang tanah, telepon berbunyi, "Beep Beep", sorry la sayer tak pasang ringtone plak. Ohh lupe yang ia di'silent semalam. Melihat nama, owhh Anyss (junior-ku), "Akak sayer dah on the way".. Baik~ Roger and out~

Meninggalkan boyfren ku sendirian di rumah, "Sayang, nanti I balik main dengan U lagi yer".. Hmm sayer give up dah dengan dia, tapi sayer sayang dia lagi.. (aku memang takde bakat dalam muzik).. "Darling, jaga bilik I elok2.. " Dia tak menjawab ape-ape, senyap je.. Bengang juga rasa..

Drive sampai Balai Seni Lukis bersama Anyss, kali ni tak sesat~ yey bravo Fiera~ Balik tu terus lepak Mines. Macam biasa la, wayang tu perkara wajib. Eh eh nak tengok cerita orang putih, bawa adik plak, mesti la banyak citer 18 ke atas. Option yang ada cuma cerita "AKU TAK BODOH".. Mula-mula pikir macam tak best je, "Layan je lah".. Dah masuk panggung aku lah yang berguling-guling ketawa. Tolong doktor Eddy perut sayer terburai.. Tak jahit pakai benang pun takpe, pakai stappler, cepat dan pantas.

Pastu jenjalan jap cuci mata.. waahhh banyaknya dress yang cantik2.. murah lagi.. "Kenapa la time tengah-tengah bulan ni banyak tol muncul".. Mata berpinar-pinar.. Tolong~~~ jauhkan sayer dari malapetaka ini~~~~

Encik Setan: Hoi beli ler baju tu.. Bukan senang nak jumpa baju yang ko suke.. Tak beli menyesal..
Aku: Ehh betul juga.. Cantiknya~~~
*Tendang encik Setan..
"Mana aku nak kopek duit sampai akhir bulan nanti mangkok.. Ko ni memang Setan lar.."
(yey aku berjaya sepak encik Setan, aku lagi jahat rupanya)
Ala bulan depan mesti ada baju yang lagi besh dari ni.. huh~!!

Balik rumah makan sushi, kena pau lagi dengan adik aku yang suci murni tu..

Ehh jumpa lagi dengan boyfren-ku.. Hug~!
"Darling, I tak boleh main dengan U malam-malam ni, U ni bising sangat.. Jiran-jiran tak boleh tahan nanti diorang baling telur kat tingkap"

"HOI DAH MALAM JANGAN LAH MAIN GITAR LAGI!"

(Tolong jangan berfikiran kuning)




6 Bintang - BESHHHHHH~!


Freelance Photo Editing






Freelance photo editing..
For service please do mail me at : fierakittenz@gmail.com


*P/S: Bila la aku nak beli CAMERA DSLR ni.. duit-duit.. kumpul-kumpul..

Suara dengarkan aku

Aku sukakan seseorang..
masih sukakan seseorang..
hati selalu tertanya-tanya..
adakah aku mencintai dia?

Mencari-cari..
dimana jawapan itu..
cuba menyelam sedalam-dalamnya..
ke dasar hati ini..

Aku menyedari..
aku tidak dapat memiliki kamu..
kamu dimiliki seseorang..
namun aku redha..
asalkan kamu bahagia..
kita kawan.. ya kita memang kawan..

Aku keliru..
aku masih bingung..
saat kemunculan gagak hitam..
yang ku sangka merpati..
bakal membawa ku akan terbang ke awan putih..
tetapi terjunam jauh ke lembah gelap..

Aku melarikan diri..
hati ini kerap dilukai..
kulit ini seakan dihiris..
dimamah oleh sang gagak..
seperti bangkai tikus..
dilonggokkan sampah..

Tolong aku..
bantu aku..
aku takut..
aku menangis..
aku kecewa..

Lalu ku melihat..
muncul sekumpulan kunang-kunang..
memberi seribu cahaya..
lalu aku tersedar..
aku masih ada mereka..
teman-teman sejati..

........................................................................

Wahai kamu..
Kini kamu sendiri..
Aku juga sendiri..
Adakah masih ada peluang untuk kita..
Membuka buku baru?

Kamu..
wahai kamu..
adakah kamu tahu..
dalam hati ini..
masih ada kamu..

KAMULAH YANG TERBAIK..
SELALU YANG TERBAIK..


(Bosan kan dengar minah ni merepek..?)

Hello DJ Xyz disini..
atas permintaan seorang gadis,
sayer akan mainkan sebuah lagu dari "Hijau Daun - Suara"
katanya ingin mendedikasikan lagu ini untuk lelaki idaman dia..
Harap kamu semua terhibur..
Enjoy~


Pelakon Terbaik

Ini bukan cerita drama murahan. Perlukah lakonan itu diteruskan? Wahai encik Pengarah, saya tidak dibayar gaji untuk berlakon dalam drama anda. Haruskah saya memberi yang terbaik sedangkan kebajikan saya anda tidak hiraukan?


Seribu persoalan terngiang di mindaku..


Itu dunia lakonan drama dan filem, sedarkah kita hidup ini juga sebahagian dari lakonan? Dunia drama dan filem dalam bentuk yang sebenar?

Hujan renyai-renyai, jam menunjukkan pukul 5 petang. Ku dalam perjalanan pulang ke rumah selepas puas bekerja ditemani sahabatku.


Ini lagu untuk kau Fira, katanya.


"Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan"
(dipetik dari lagu: Penakut - Yuna)


Ahhh! Aku malas memikirkan dia. Setelah apa yang kau lakukan tak dapat ku maafkan.

Aku berjumpa dengan dia saban hari lepas, melihat lirik wajahnya seakan sinis memandangku tanpa rasa bersalah. Ku tak tahu adakah kau ikhlas mengucapkan maaf itu atau hanya sekadar omong kosong.

Oh Tuhan, jauhkan aku dari dia. Aku akan memaafkannya jika dia pergi dari hidupku. Ku tak mampu menahan perasaan marah yang membuak sekilas terpandang wajahnya. Baiklah, kisah kita sudah tamat. Seribu kasih sayang yang ku berikan seakan tiada nilai buat kau. Cukuplah dengan semua lakonan-lakonan kau. Jangan risau, anugerah PELAKON TERBAIK sememangnya milik kau.

Tiada apa yang perlu ku kesalkan lagi. Mungkin ini adalah cerita hidupku. Memilih kamu mungkin adalah satu kesilapan, tapi sudah tidak bernilai untuk ditangisi.

Cinta yang sebenar, ku masih menunggu DIA. Mungkin DIA adalah orangnya? Aku juga tidak pasti. Sahabatku berkata,

"Jangan risau Fira, cinta akan datang sendiri tanpa dicari"

Ya aku mengerti, namun hidup ini harus ada keseimbangan. Kesibukan dalam dunia kareer agak membataskan ku untuk memikirkan soal CINTA lagi. Ya aku tahu Tuhan akan berikan seseorang yang lebih baik untuk aku. Aku percayakan keajaiban, dan keajaiban itu mesti akan datang dariNya.



Hidup mesti selalu positif dan percayalah pasti akan ada sesuatu yang indah di keesokan hari.

Unstoppable


Cerita pasal keretapi yang x bole berhenti..
Pastu.. to be continue.. (mls nk citer)
Takde mood nk blogging plak arini~

3 setengah bintang

Menunggu kamu

Berstatus "single" xlah seteruk mana pun..
Hidup lebih aman, bebas, ada byk ms utk diri sndiri..

Kejarlah impian mu dulu Fira~
Dalam hati-ku masih terniat,
"Haruskah aku menunggunya?"

He is the best..

Melihat umurku, ku masih 23..
Terlalu banyak yang harus ku harungi dr memikirkan soal CINTA..
Aku berterima kasih pada seorg yg bergelar "Abang"..

"Wahai abang, terima kasih kerana cuba menyatukan Fira dengan si DIA..
Fira hanya mahu fikirkan impian dan karier dulu..
Fira rasa DIA juga fikirkan perkara yang sama..
Biarlah jodoh yang tentukan adakah kami sememangnya ditakdirkan utk bersama..
dan biarlah jodoh ini datang dari Allah, bukan jodoh dari syaitan ataupun jin..
(dipetik dari Syurga Cinta)

Jika tidak, ku terima sahaja ia adalah ketentuanNya.."

"cinta ibarat musim buah. Jika kita KURANG SABAR menunggu,
kita akan merasa buah yang MASAM.
TAPI, jika kita sanggup SABAR menunggu,
kita akan merasa buah yang MANIS.
(dipetik dari Bro Nasrulhadi)

Cinta yang sebenar tak mudah diperolehi,
kesusahan, kesabaran, pengorbanan diperlukan,
barulah ia benar-benar dihargai kelak..


Wahai Tuhanku..
Jika dia jodoh ku, aku akan menunggunya..
Dia terlalu baik buatku, sehingga ku merasa diriku tidak layak untuk dirinya..
Dia terlalu hebat sehingga ku merasa sangat kerdil jika bersamanya..
Waktu ini, saat ini, detik ini, aku akan berusaha..
Untuk memperbaiki kekurangan diriku..
supaya aku setanding dan berdiri sama tinggi dengannya..
Semoga dia selalu bahagia dalam hidupnya..
Align Center
Boy, u always be the best, always..


Mari layan lagu ni..



Kekasih

Kekasih yang baik tak akan sanggup melihat pasangannya menderita, malah berusaha memastikan pasangannya sentiasa dalam keadaan OK..

Kekasih yang baik akan menjaga kebajikan dan memberi dorongan supaya pasangannya sentiasa rasa disayangi dan tidak menyakitinya..

Kekasih yang baik tidak akan MENGUGUT pasangannya untuk bersama dengannya malah MENDOAKAN orang yang dicintai semoga bahagia dengan pilihan hidupnya.


Bila kita mencintai seseorang, x semestinya org itu mencintai kita, begitu juga sebaliknya. Namun percayalah, org yang trbaik untuk kita pasti akan ada, bersabarlah, dan percayalah pasti akan muncul selayaknya untuk diri kita.

* Mama, Papa, terima kasih kerana doamu telah membuka mata ini..

Kes fitnah and "haters"

Bebaru ni aku diserang beberapa "haters"..
Dorg ni mcm gang, komplot utk jatuhkan aku..
Pelik juga, cube mencari kesilapan diri..

Mereka menuduh aku "Bitch" atau "Pelacur" dan yg seangkatan dengannya..
eh eh!! Aku kerja dengan ibu ayam mana ha??
Apa buktinya..? wahh aku ada haters dari golongan lelaki..
dan bila aku check mutual friend, ya mereka dikalangan kwn2 komik and art!
Rsnya aku dh boleh detect sape punya keje..

Maaf ye encik~ saya x melayan org2 mcm anda..
Encik marah ke sayer ME'REJECT encik2 maka encik2 semua menyebarkan fitnah ini?
Adakah encik2 semua penah melihat adegan panas sayer bercumbuan ke dgn kwn2 lelaki sayer?
Atau encek2 pernah melihat sayer di kelab2 malam tertentu berpelukan dengan lelaki??

Buat pengetahuan encek2 semua, sayer x berminat nk rapat dengan STRANGER!
Apetah lg nak bersentuh2an dengan sape2 yg x dikenali..
Korg nak brckp2 benda PERVERT dgn aku? Sedialah terima kick aku!! "BODO"

Take A Bow



Oh, how about a round of applause?
Yeah, standing ovation? Ooh, oh yeah
Yeah y-yeah yeah

You look so dumb right now
Standing outside my house
Trying to apologize
You re so ugly when you cry
Please, just cut it out

Don't tell me you re sorry 'cause your not?
And baby when I know you re only sorry you got caught

But you put on quite a show, really had me going
But now it?s time to go, curtain?s finally closing
That was quite a show, very entertaining
But it?s over now
(But it?s over now)
Go on and take a bow

Grab your clothes and get gone
You better hurry up before the sprinklers come on
Talking 'bout, "Girl, I love you, You re the one"
This just looks like a rerun
Please, what else is on?

Don't tell me you're sorry 'cause you're not
And baby when I know you're only sorry you got caught

But you put on quite a show, really had me going
But now it's time to go, curtain's finally closing
That was quite a show, very entertaining
But it's over now
(But it's over now)
Go on and take a bow

Oh, and the award for the best liar goes to you
(Goes to you)
For making me believe that you could be faithful to me
Let's hear your speech out

How about a round of applause?
A standing ovation?

But you put on quite a show, really had me going
Now it's time to go, curtain's finally closing
That was quite a show, very entertaining
But it's over now
(But it's over now)
Go on and take a bow
But it's over now

SKYLINE

Pretty damn tired last night.
I tot just wanna rest in weekend but suddenly my bro asking me for the movie.
Okie, anything sis will do for my lil bro~





Superb: 5 stars
great movie - should watch babeh

Confused


I don't know
I don't understand
I confused
Cried again
Tryin' to chill
I am happy
I smiled
Decision
should been made
But
I'm afraid
to walk
there are 2 roads
in front
heading to
heaven or hell
I need
a light
to make me see
the right path..

Sesat dan masak

Hari ni aku pergi melawat Shuib kat Hospital Kuala Lumpur dengan adik aku, Fuad dan Eddy. Kami tolak kul 11.30 pagi. Memang aku dah pergi melawat Shuib hari Rabu hari tu,tp masalahnye tak ingat jalan la pulak. So,aku pun main redah je. Dengan tak tau jalannye, terpaksa bergantung kepada Fuad, GPS bergerak aku. Tapi kami sesat, sampai Ampang. Tension la mase tu. Berhenti kat Ampang, rehat jap, beli 2 tin milo kat Seven Eleven (bukan untuk aku sorang, utk Fuad same). Tempat 7E tu banyak kedai Korea. Sampai kami pelik "ni Malaysia ke Korea?? "

Akhirnye sampai jugak Bulatan Pahang kul 1.30 ptg. 2 jam kami sesat. Sampai Hospital, parking pulak susah. Berapa kali pusing tempat parking, sampai terpaksa stalk org semata-mata nak dapatkan parking. Mula-mula stalk uncle cina tengah sms, budget dia nak keluar parking, kami amik tempat dia..tapi malangnye kereta lain masuk dulu parking.

Sampai Wad, dah pukul 2.15. Dah tamat waktu melawat. Aku tak kira, penat aku drive 2 jam utk sampai HKL, tak nak ar pulang tangan kosong. So aku tetap pergi gak jumpa Shuib. Shuib tengok dah stabil sikit. Sejam kot aku duduk kat wad.

Lepas tu balik. Kami x makan lagi. Balik terus masak steak daging kambing. Eddy masak sampai terbakar dapur selama 2 saat. Kami guna sos BBQ perap. Pas masak, makan lar. Sedap gila.

prepared by: Eddy (tolong,saya kena paksa)

Stuck In The Moment



Im stuck with u!
*throw selipar

Ok


I'm Tired.
I'm Sick.
I can't take it anymore.
I need someone to hug.
A Friend.
I appreciated u people.
Ok.
I'll stop think.
Good bye.
And thank you.

Draft RA

Knp mesti lukis perempuan? Sebab aku suka? Errr..

Artwork seseorang artis melambangkan jiwa artis tu? Setuju tak? Knp? Xsuke jgn jadi artis lah!

Joking~ Anyway aku ni seorang yang emo a.k.a EMOSIONAL.. Apa kaitan dengan watak perempuan? See soalan yang sama lg.

Wanita dilahirkan dengan sifat emosi yang kuat, berbanding dengan lelaki. Nilai-nilai estetika (keindahan), susuk tubuh, ekspresi muka, costume, rambut, perwatakan lebih mudah diaplikasikan kepada wanita.. haihh skema plak..

Buka citer pasal rantai art, bawah ni draft sketh aku.. Lom paint lagi.. Ape kaitan dengan GRAVITI? Kalo tgk secara kasar, ikan emas terbang2, mcm xde graviti la tu? Ei dlm air pun ada graviti tau. hahaha! Err sebenarnya setting artwork ni bkn dalam air.. Somewhere mana2 lah aku pun xtau <---teruk tol pelukis ni. Bukan2.. Konsep aku sebenarnya lebih kepada nilai2 saintifik.. Haa sape budak sains kat luar tu sila teka.. Kalo xleh jgn mengaku lah korg budak sains (wahahaha joking~)


Yang bawah ni selepas di'correction dengan PEN MERAH oleh cikgu PJOE..

"Cik Fiera mmg pemalas.. lukis la ikan banyak skit.. mau kena rotan kah??"

"Q___Q maaf cikgu, tapi cikgu ensem lah skrg ni"

"Ohh yakah, mai cikgu belanja KFC"


Thanks Pjoe.. Muah~

Studio fotografi


Berminat?
Sila contact Encik Umar Mushaddad
www.alpinestudios.com.my

Aku masuk free.. wahahahaha.. (ketawa jahat)

Shuib kemalangan

Muka comel cam anime pun ada..


Pagi ni aku agak tertekan dengan keadaan relationship aku sekarang.. Cuba untuk rilek dan berlagak cool.

Tetibe Cik Rasis bagitau, Shuib kemalangan.. Teruk plak tu.. Cedera kat kepala, dia tak kenal orang dah. Ada darah beku kat otak. Rasa nak menangis pun ada.. Teringat lak nostalgia (yo o plak), kitorg slalu kuar berdua kt USM dulu.. mcm date pun bole juge la.. sering terkantoi dengan cik Rasis dan Krol..

Sape dia?? Aku declare dia sebagai adik..

Kitorg kuat makan pizza.. dia slalu minta aku blanje, tp bila kuar makan je dia lak yang blanje.. Perjanjian terakhir kitorg, aku kena blanje dia kalo dia turun KL.. aiyo.. tetibe tau dia eksiden.. Semoga dia cepat sembuh~

Single??

I miss him but..

Being a single is so cool.. I'm just 23 okayh.. Not too old and not too young also..

What?? Don't look at me.. I don't want this to be happened.. Being a friend for a month?? hell no..

Putra water

Copyright (C) Fira 2010
Aku lemah dalam bab2 branding ni, sila kritik plz.. T___T

Berhantu?

Demi tidak membuang 4 hinggit 1 hari utk parking je, perghh bazir duit aku..
Maka aku selalu parking kat bawah tanah antara 2 bangunan ni.. free maa~



Bangunan di belah kiri tu kosong sebenarnya, kdg2 dorg kunci kdg2 x lah.
Bawah ni ada 2 laluan nak naik ke atas (lif dan tangga) yang tembus naik ke bangunan atas tu.
Biasanya aku naik lif, masuk bangunan tu terus tembus atas tapi kena kunci plak.
So aku cube guna jalan lain, laluan tangga.. tapi..


Laluan ke atas gelap pula.. seram rasa..
pastu terpikir plak,
"bangunan ni kan kosong"..
meremang kejap..


Siap ada ayat Kursi melekat kat dinding tangga tu, terdiam kejap.
Warning kah??

Ohhh!! Banyaknya task~

Konpius juga la ape position aku ni sebenarnya? Dalam contract sebagai Graphic and Product Designer.

Sekarang task aku, buat design untuk souvenir Putrajaya, Corporate Design seperti company profile, letter head dan yang seangkatan dengannya, website untuk anak syarikat kami, interior untuk Pullman Hotel Putrajaya, branding meneral water khas Putrajaya, mencari supplyer dan kira kos (ini dah masuk management), join tender dan sampai buat kerja-kerja bodoh macam scanning pun aku yang buat. Nasib baik la x suruh buat kopi ke atau mop lantai.. hahahaha! Menangis kejap T___T.. Ini lah namanya kerja Multi-tasking.

Even semua kerja-kerja tu kena siap tapi dorg tak bagi aku dateline.. dalam preasure ni aku rasa seronok gak.. Boss bagi kebebasan kat aku susun sendiri kerja-kerja tu. Aku pun sesuke hati je nak kuar ke, balik awal ke, masuk lambat ke, yang penting manager aku tau mana aku pergi. Kalau diikutkan life study dulu lebih pressure walaupun satu assigment tu diberi masa yang panjang, time keje ni plak melambak-melambak tapi aku x tertekan sgt, maybe sebab environment kerja yang best.

Nak masuk dua bulan aku kerja, cukup ke ilmu tu? Terasa diri ni bodohla. Banyak sangat yang x tau. Sembang-sembang tadi dengan manager-ku, baru ku tahu kenapa boss nak aku buat semua benda. Dia nak aku sampai satu tahap yang boleh uruskan projek sendiri tanpa diorang. No wonder lah memula aku rasa kerja aku senang, bahan dah dibagi, aku tinggal design je. Tapi sekarang, aku sendiri yang kena jumpa client, aku yang design, aku yang handle kos, dan aku yang manage keseluruhan projek. Bila dah achieve tahap tu, boss akan lepaskan aku dan aku akan hire orang bawah plak nanti. Rupanya aku di'train sebagai perintis.
*faint




Pullman Hotel Putrajaya