Pelakon Terbaik

Ini bukan cerita drama murahan. Perlukah lakonan itu diteruskan? Wahai encik Pengarah, saya tidak dibayar gaji untuk berlakon dalam drama anda. Haruskah saya memberi yang terbaik sedangkan kebajikan saya anda tidak hiraukan?


Seribu persoalan terngiang di mindaku..


Itu dunia lakonan drama dan filem, sedarkah kita hidup ini juga sebahagian dari lakonan? Dunia drama dan filem dalam bentuk yang sebenar?

Hujan renyai-renyai, jam menunjukkan pukul 5 petang. Ku dalam perjalanan pulang ke rumah selepas puas bekerja ditemani sahabatku.


Ini lagu untuk kau Fira, katanya.


"Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan"
(dipetik dari lagu: Penakut - Yuna)


Ahhh! Aku malas memikirkan dia. Setelah apa yang kau lakukan tak dapat ku maafkan.

Aku berjumpa dengan dia saban hari lepas, melihat lirik wajahnya seakan sinis memandangku tanpa rasa bersalah. Ku tak tahu adakah kau ikhlas mengucapkan maaf itu atau hanya sekadar omong kosong.

Oh Tuhan, jauhkan aku dari dia. Aku akan memaafkannya jika dia pergi dari hidupku. Ku tak mampu menahan perasaan marah yang membuak sekilas terpandang wajahnya. Baiklah, kisah kita sudah tamat. Seribu kasih sayang yang ku berikan seakan tiada nilai buat kau. Cukuplah dengan semua lakonan-lakonan kau. Jangan risau, anugerah PELAKON TERBAIK sememangnya milik kau.

Tiada apa yang perlu ku kesalkan lagi. Mungkin ini adalah cerita hidupku. Memilih kamu mungkin adalah satu kesilapan, tapi sudah tidak bernilai untuk ditangisi.

Cinta yang sebenar, ku masih menunggu DIA. Mungkin DIA adalah orangnya? Aku juga tidak pasti. Sahabatku berkata,

"Jangan risau Fira, cinta akan datang sendiri tanpa dicari"

Ya aku mengerti, namun hidup ini harus ada keseimbangan. Kesibukan dalam dunia kareer agak membataskan ku untuk memikirkan soal CINTA lagi. Ya aku tahu Tuhan akan berikan seseorang yang lebih baik untuk aku. Aku percayakan keajaiban, dan keajaiban itu mesti akan datang dariNya.



Hidup mesti selalu positif dan percayalah pasti akan ada sesuatu yang indah di keesokan hari.

4 comments:

Daishie said...

chill babe.. life is wonderful with friends and family and career!

Fiera Kittenz said...

yes.. kwn2 adalah yg trbaik :D
hehe

Keough White said...

You handle these drama well...Im so proud of you..

smile always...~

Fiera Kittenz said...

huhuhu sayer pelakon juge dlm drama ni.. mak aihh hahaha~