Ohh Rantai Art


Dapat tau pasal event ni dari sorang kawan aku, tu pun selepas dia update status nak pergi sana. Aihhh sangatla terlewat ku tahu tentang event ni. Hubby aku juge macam agak marah, dia beriya nak aku masuk exhibition ni bertujuan nak naikkan nama aku dan company kami.. -___-" ..

Semalam tu kitorg pergi juge le ke Balai Seni Lukis tu, tanya sendiri kat pengurus event, penyertaan masih lagi terbuka untuk event "HIMPUN", yang ni memang bertema bebas, maka aku nak letak lah final project aku dulu kat sana.

Tapi untuk event yang besar desember nanti iaitu, "GRAVITY", aku takde la pulak artwork bertema Gravity, hmmm kena la start idea nak buat illustration baru. Kalau boleh mestilah nak join, sampai bila nak simpan karya yang syok sendiri kan.

Time to expose to the world starting from now. Learn to be brave, learn to compete, learn to built a confident. Never afraid to lose.