Bahagia


Sekarang ni hidup aku semakin baik, semakin sempurna. Apa yang aku mahukan seolah-olah datang bergolek sekelip mata tanpa aku harap apa pun. Tu lah orang cakap, di sebalik dugaan mesti ada hikmahnya. Kehilangan sesuatu dalam hidup kita, Allah akan balasnya dengan benda yang lebih besar. Hubungan aku dengan si dia pun semakin rapat, bahagia lah juga sekarang walaupun mula-mula dulu sukar bagi aku nak wujudkan persefahaman dengan dia. Sekarang aku dah mula merasakan hubungan kami ni sangat bermakna.

Kerjaya aku pun, oklah~ best juga. Boss aku tinggal di UK, aku sorang je designer dia di Malaysia. Sekarang ni macam-macam benda yang aku kena belajar, dari soal management, consult, communication sampai kena cari sendiri pembekal untuk projek-projek syarikat. Dia taknak aku cuma jadi designer yang duduk dalam office buat kerja design semata-mata tapi tau macam mana nak uruskan bisnes. Kadang-kadang aku rasa cam susah, yela benda aku takde basic pun. Nasib baik si dia ni plak otak bisnes so dia banyak guide aku la selama kerja ni. Lagipun manager aku ada ckp, aku akan naik jadi Consultant, tak tahu la aku mampu buat ke tak. Pening memang pening.. Nampaknya boss aku ni macam nak aku jadi pengurus plak untuk branch kat Malaysia.

Bebaru ni boss aku dapat projek kat Paris dan dia nak aku datang sana untuk tolong dia, tapi manager aku tak bagi pula. Si dia pun melarang juga. Si dia bagi syarat, benarkan aku pergi oversea lepas setahun aku bekerja. Hmm betul juga demi keselamatan aku. Nampaknya aku sorang-sorang je lah jaga office lepas ni memandangkan manager aku pun akan pergi Paris. Kena tinggal.. Huaaaa~

Start tahun depan aku dan si dia akan mulakan bisnes kami. Semua perancangan dah dibuat. Beruntung juga lah aku. Selama ni aku selalu berimpian untuk buka bisnes sendiri tapi aku kurang berpengetahuan. Dapat pula boyfriend yang memang kepala bisnes maka aku akan tolak hal bisnes kat dia je. Lagipun aku hanya berminat nak jadi Creative Director. Haha dunia art yang aku nak explore sepenuhnya, dunia bisnes cuma cabang sampingan je :D

4 comments:

Unknown said...

klo fiera bkak bisnes ajak la machi skali X3 teehee..
leh machi blaja dr fiera plak..

Fiera Kittenz said...

hahaha ok.. InsyaAllah..
bila bisnes kitorg dh stabil mmg ada rancangan nk cari designer n staff2 lain.. maybe dikalangan kwn2.. sonok skit kn :)

Anonymous said...

sweet ja both of u hehe

Fiera Kittenz said...

hak3.. thx ieka~