Putra water

Copyright (C) Fira 2010
Aku lemah dalam bab2 branding ni, sila kritik plz.. T___T

Berhantu?

Demi tidak membuang 4 hinggit 1 hari utk parking je, perghh bazir duit aku..
Maka aku selalu parking kat bawah tanah antara 2 bangunan ni.. free maa~



Bangunan di belah kiri tu kosong sebenarnya, kdg2 dorg kunci kdg2 x lah.
Bawah ni ada 2 laluan nak naik ke atas (lif dan tangga) yang tembus naik ke bangunan atas tu.
Biasanya aku naik lif, masuk bangunan tu terus tembus atas tapi kena kunci plak.
So aku cube guna jalan lain, laluan tangga.. tapi..


Laluan ke atas gelap pula.. seram rasa..
pastu terpikir plak,
"bangunan ni kan kosong"..
meremang kejap..


Siap ada ayat Kursi melekat kat dinding tangga tu, terdiam kejap.
Warning kah??

Ohhh!! Banyaknya task~

Konpius juga la ape position aku ni sebenarnya? Dalam contract sebagai Graphic and Product Designer.

Sekarang task aku, buat design untuk souvenir Putrajaya, Corporate Design seperti company profile, letter head dan yang seangkatan dengannya, website untuk anak syarikat kami, interior untuk Pullman Hotel Putrajaya, branding meneral water khas Putrajaya, mencari supplyer dan kira kos (ini dah masuk management), join tender dan sampai buat kerja-kerja bodoh macam scanning pun aku yang buat. Nasib baik la x suruh buat kopi ke atau mop lantai.. hahahaha! Menangis kejap T___T.. Ini lah namanya kerja Multi-tasking.

Even semua kerja-kerja tu kena siap tapi dorg tak bagi aku dateline.. dalam preasure ni aku rasa seronok gak.. Boss bagi kebebasan kat aku susun sendiri kerja-kerja tu. Aku pun sesuke hati je nak kuar ke, balik awal ke, masuk lambat ke, yang penting manager aku tau mana aku pergi. Kalau diikutkan life study dulu lebih pressure walaupun satu assigment tu diberi masa yang panjang, time keje ni plak melambak-melambak tapi aku x tertekan sgt, maybe sebab environment kerja yang best.

Nak masuk dua bulan aku kerja, cukup ke ilmu tu? Terasa diri ni bodohla. Banyak sangat yang x tau. Sembang-sembang tadi dengan manager-ku, baru ku tahu kenapa boss nak aku buat semua benda. Dia nak aku sampai satu tahap yang boleh uruskan projek sendiri tanpa diorang. No wonder lah memula aku rasa kerja aku senang, bahan dah dibagi, aku tinggal design je. Tapi sekarang, aku sendiri yang kena jumpa client, aku yang design, aku yang handle kos, dan aku yang manage keseluruhan projek. Bila dah achieve tahap tu, boss akan lepaskan aku dan aku akan hire orang bawah plak nanti. Rupanya aku di'train sebagai perintis.
*faint




Pullman Hotel Putrajaya

Tender

Aku pun keluarlah awal memandangkan aku tak ke ofis, pergi Presint 16 Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Aku pernah pergi tempat tu cuma jalan je tak ingat, x fimiliar coz xpenah drive sendiri ke sana.

Aku jumpa la beberapa staff yang x penah jumpa sblm ni, arkitek kitorg. Dorang busy dengan projek luar. Aku diberi lesen sebagai salah sorang pe'tender, ape kes, aku xtau langsung psl benda ni.. aihh dalam hati, layan je lah sambil di'guide oleh managerku.. haha~

Owwoww~ arini belajar benda baru pasal contraction dan tender.




Ohh Rantai Art


Dapat tau pasal event ni dari sorang kawan aku, tu pun selepas dia update status nak pergi sana. Aihhh sangatla terlewat ku tahu tentang event ni. Hubby aku juge macam agak marah, dia beriya nak aku masuk exhibition ni bertujuan nak naikkan nama aku dan company kami.. -___-" ..

Semalam tu kitorg pergi juge le ke Balai Seni Lukis tu, tanya sendiri kat pengurus event, penyertaan masih lagi terbuka untuk event "HIMPUN", yang ni memang bertema bebas, maka aku nak letak lah final project aku dulu kat sana.

Tapi untuk event yang besar desember nanti iaitu, "GRAVITY", aku takde la pulak artwork bertema Gravity, hmmm kena la start idea nak buat illustration baru. Kalau boleh mestilah nak join, sampai bila nak simpan karya yang syok sendiri kan.

Time to expose to the world starting from now. Learn to be brave, learn to compete, learn to built a confident. Never afraid to lose.

Mengantok Ohh~


Tiap ari makan nasi lemak mcm ni la jadinya kat opis..
Mata x tahan sey~

Rambut merah


Hey I colored my hair into dark red~ lol~

Bahagia


Sekarang ni hidup aku semakin baik, semakin sempurna. Apa yang aku mahukan seolah-olah datang bergolek sekelip mata tanpa aku harap apa pun. Tu lah orang cakap, di sebalik dugaan mesti ada hikmahnya. Kehilangan sesuatu dalam hidup kita, Allah akan balasnya dengan benda yang lebih besar. Hubungan aku dengan si dia pun semakin rapat, bahagia lah juga sekarang walaupun mula-mula dulu sukar bagi aku nak wujudkan persefahaman dengan dia. Sekarang aku dah mula merasakan hubungan kami ni sangat bermakna.

Kerjaya aku pun, oklah~ best juga. Boss aku tinggal di UK, aku sorang je designer dia di Malaysia. Sekarang ni macam-macam benda yang aku kena belajar, dari soal management, consult, communication sampai kena cari sendiri pembekal untuk projek-projek syarikat. Dia taknak aku cuma jadi designer yang duduk dalam office buat kerja design semata-mata tapi tau macam mana nak uruskan bisnes. Kadang-kadang aku rasa cam susah, yela benda aku takde basic pun. Nasib baik si dia ni plak otak bisnes so dia banyak guide aku la selama kerja ni. Lagipun manager aku ada ckp, aku akan naik jadi Consultant, tak tahu la aku mampu buat ke tak. Pening memang pening.. Nampaknya boss aku ni macam nak aku jadi pengurus plak untuk branch kat Malaysia.

Bebaru ni boss aku dapat projek kat Paris dan dia nak aku datang sana untuk tolong dia, tapi manager aku tak bagi pula. Si dia pun melarang juga. Si dia bagi syarat, benarkan aku pergi oversea lepas setahun aku bekerja. Hmm betul juga demi keselamatan aku. Nampaknya aku sorang-sorang je lah jaga office lepas ni memandangkan manager aku pun akan pergi Paris. Kena tinggal.. Huaaaa~

Start tahun depan aku dan si dia akan mulakan bisnes kami. Semua perancangan dah dibuat. Beruntung juga lah aku. Selama ni aku selalu berimpian untuk buka bisnes sendiri tapi aku kurang berpengetahuan. Dapat pula boyfriend yang memang kepala bisnes maka aku akan tolak hal bisnes kat dia je. Lagipun aku hanya berminat nak jadi Creative Director. Haha dunia art yang aku nak explore sepenuhnya, dunia bisnes cuma cabang sampingan je :D