FAK-TA

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.




6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.




11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

12.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

13. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

14. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

15. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.




16. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

17. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

18. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

19. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

20. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.




21. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

22. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

23. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

24. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

25. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?




Ciplak dari : Azuan Shah Tahir
P/s : Fakta, aku juga telah mencuba menyentuh telinga dengan siku..

Keeping in my Note

Photo: Faustina


Today was my 1st time hang out (alone) with someone that I really fell in love with.. just 2 of us.. Before, remembering what happened on our past as student, I never treated him like a real friend, always shy and run away blushing.. but, I know this moment could never happen again so I was trying my very best to keep our time together as a real friend. Oh God I can't stop smiling. My heart melting and butterflies in my stomach won't stop, blood temperature increasing (ya thx God I still can handle it). Spending our time chatting about our life and walking+laughing+joking around, went to the industrial design exhibition. I was be my real self in front of him today, no covering. Even though, I know maybe our relationship cannot work out, we are friend.. but I really having a wonderful day.. This 2 hours was precious.


However I met his dad n sista, never imagine that. I didn't aspect this will happen, they seems doesn't like me maybe because of my appearance and I'm not they type of people, I guess. I'm not sure. Hmm it's ok I accepted this as my weakness to prevent someday.. (Do not wear or styling urself like an artist in front the elderly).. not polite at all.. urghh with my curly red hair, no elderly gonna like that (my mom hate it as well she said, "dye ur hair black again"), but after few days she never complaint n suddenly, "aihh so nice with the curl".. hehh..


Back to the story, after that waiting for my comic friend, Mr. Faiz Haikal. He asked me outing last week but I postpone it today. Watching a movie, Sanctum in 3D and KFC for dinner. Back home late, my parents were out somewhere then asked my 2nd bro to keep me from the station. Well, riding motorcycle with him such a nightmare (100km/h is a minimum speed), my brain almost flew over (caution: do not wearing a wig).


P/s: Setiap kali emotional mesti nak tulis dalam BI, pe kes?

Wahai Sahabat


:: Kawan.. mudah dicari.. kemana-mana kita pergi, kita akan bertemu dgn kawan. Tapi sahabat.. di manakah dia? Orang yang mengetahui selok belok hidup kita.. Orang yang sanggup memikirkn masalah kita.. orang yang menemani kita, menangis bersama, mendokong, melindungi kita.. siapa mereka?

:: Aku.. sgt inginkan org yang bergelar sahabat.. tidak kira apakah jantina kamu, bangsa kamu atau agama kamu.. Aku juga bukanlah seorang sahabat yang baik.. tapi aku mencuba untuk jd sahabat yang baik.. kadang kala kita lupa, kita tidak sedar, kebaikan yang dilakukan oleh kawan-kawan kita.. kerana kita manusia.. penuh dengan kesilapan.. kita pernah bergaduh, salah faham, tidak sependapat.. tapi.. ini semua lah yang buat kita mengenal diri masing-masing..

:: Kita mmg tidak sempurna.. ya mmg susah nk menjadi seorang yg benar2 ikhlas.. Hati bukanlah sentiasa baik.. tiada manusia yang benar2 baik di dunia ni, hanyalah Nabi yang tanpa dosa..

Selalu aku mengingatkan diri..

Ya Allah, senangkanlah hati aku melihat kegembiraan mereka..
Ya Allah, jauhkan aku dari sifat cemburu dan hasad dengki..
Ya Allah, ikhlaskanlah hati aku membantu mereka..

Ya Allah, kurniakan aku orang2 yang baik disisi..
Yang menyokong, membantu dan menyayangi aku seikhlasnya..
Sebagai seorang insan yang bergelar SAHABAT..


Hargailah teman-teman kamu..



-------------------------------------------------------------------------------


Situasi 2009

Saatku seorang diri di kamar Restu, diam, menangis, termenung, tiada siapa pun yg bertanya..
lalu kedengaran bunyi ringtone, beep! beep!.. lantas ku menjawabnya.. "hello..."

"Fira! ko ok ke? aku tgk kt FB ko lain mcm je.. ko xde duit ke? nnti aku kasi ko RM100 yaa? atau ada org buli ko? Beb, kalo ada sesiapa buli ko plz bgtau aku.. aku akan lindungi ko okay.. ko jgn simpan problem ko blh x? Ada ape2 plz bgtau aku okay.."

Aku diam.. hati aku menangis..
Rahimah Zainuddin, ko sahabat pertama aku..
Juga selamanya..
Terima kasih..








Wahai kalian..
Sudikah kalian menjadi sahabat aku? :)





Doaku untuk orang yg bergelar sahabat

Ya الله ,
sahabat saya yang membaca ini adalah sahabat yg solehah, kuat, sabar, sayangilah dia serta kasihilah dia.
bantu tingkatkan kehidupannya, mudahkan rezekinya, sehatkn bdnnya.
Jika dia melangkah, slmtkanlah dia, permudahkan langkahnya..
أَمِِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ

60 tips mendapat jodoh

Tentu seronok bila difikirkan… seorang lelaki bujang atau duda kalau boleh mahukan isteri yang ‘ideal’ pada pendapat mereka walaupun mereka sendiri pun jauh dari bersifat sebagai lelaki ‘ideal’. Begitu jugalah bagi seorang dara atau janda, juga mahukan lelaki ‘ideal’. Secara asasnya ia adalah satu kemahuan yang baik. Adalah lebih baik memilih pasangan yang bagus budipekertinya, bukan sebaliknya. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa untuk mendapatkan jodoh yang baik, budi pekerti atau tatasusila kita sendiri perlu bagus terlebih dahulu?



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh

menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.



~ Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


T - Breaking Dawn



Knp citer ni famous sgt?

Twilight 1
Memula rs biasa je. Xde impact sgt.

Twilight 2
Ada rs sedih skit la. Tapi ttp rs biasa je.

Twilight 3
Disebabkan da follow, curious gk nk tau pe jadik.
Pergh sgt berang bila tau Bella curang kt Edward.

Twilight 4
Makin interesting plak.. cet.. aku dh terperangkap..
Twilight 4 - Breaking Dawn ~ can't wait.. urghhh!



Beauty vs Money

:: Si Jejaka mengejar Si Cantik ::
:: Si Gadis mengejar Si Kaya ::


- Nak dapat wife cantik, jadilah lelaki kaya.
- Nak husband berduit, jadilah pmpn cantik.


Ayat jahat:
- Nak dapat awek cun, boleh berlagak dengan member2.
- Nak dapat balak kaya, boleh pergi shoping tiap2 ari.

Ayat baik:
- Nak dapat gf cun, senang hati melihat dia setiap hari.
- Nak dapat bf kaya, cerah masa depan.

Lelaki selalu berkata, "knp pmpn nk kejar lelaki kaya?"
Perempuan lak berkata, "knp lelaki nk kejar pmpn cun?"

Adil kan?
Cinta sejati ada betul2 pandang ni semua kah?
Cuba tanya diri, pernah kah wujud cinta sejati dlm hidup anda?

Hmm mula ragu2?
Pernah ke x pernah?
Siapa yg benar2 ikhlas utk anda?

--------------------------------------------------------------------------

Cinta yg sejati hanya utk DIA.
Cinta sesama manusia xkn sempurna..

Janganlah cari kesempurnaan, kerna kita juga x sempurna.
Carilah yang sederhana,
kerana yg sederhana itu akan sempurna di sisi kita
dgn saling melengkapi kekurangan masing2~

Admire

Fashion, hair styles, beautiful girls

- Aku excited dengan benda-benda cmni. Masa kecil dulu aku suka melukis perempuan cantik dengan macam-macam fesyen, main dengan anak patung barbie, buatkan baju cantik-cantik, stylekn fesyen rambut. Tak pelik pun, ramai perempuan yang macam ni kot. Bukan tu je, aku sanggup jahit baju anak patung sampai berjam-jam, kadang-kadang tak ingat makan. Macam nak jadi fesyen designer, tapi xlah, hobi je kot.


By: Jmorsa 2007


Sampai sekarang masih macam ni lagi. Dah x main barbie lah. Cuma aku masih addict melukis girl2 yang cute, kegilaan benda2 cmni aku salurkan ke illustration~ Aku x berminat melukis lelaki sebenarnya (xde yg best pun, ahaks~ kecuali watak2 lelaki yg macho kot). Hmm aku sgt gila dengan fine art + astetik..

Kat sini aku nak tunjuk orang2 yang paling ku admire di kalangan kawan2ku.. dorg ni sgt hebat~ plus memasing ada kekuatan sendiri, master of RASTER (Photoshop) n master of VECTOR (Illustrator).

Aku plak, suka pakai dua2, Photoshop and Illustator.
Teringin nak master dalam Illustration guna kedua-dua versi ni.




Bahia Khalid (Vector Artist)


Aku kerap mencari update artwork2 Bahia, dia suka lukis girl dengan mcm2 fesyen.
Plus, artwork dia kebanyakannya adalah vector.. Cantik~




Macam mana kenal dia?


- Start dari deviantart, jatuh cinta kt vector artwork dia. Sebab dia lah aku explore Adobe Illustrator dan mendalami seni Vector. Tu kira2 dua tahun lepas. Pastu dia popular di kalangan kawan2 TENSION ACADEMY, mcm sgt femes~ dan popular di kalangan bdk2 UITM juge.

- Memula ku byk dengar benda2 yang x baik pasal dia (dari org yg x rapat dgn dia lah). Biasa la kot manusia, dengki. Tak sangka plak kwn baik-ku Iyma, junior dia. Suka dia sangat2, plus she's hot rite~ :) beautiful~

- Pastu start rapat dengan dia bila ada FB ni.. Oleh sebab dia boleh dikatakan senior designer, maka ku slalu tanya dia hal2 dunia design. Sangat mesra orangnya dan supportive~ juge antara org yg plg rajin komen statusku skrg.. huhu~

- Saat paling xleh dilupakan bila kami sama2 diserang haters. Ape kes pun aku xtaw. Memula Bahia yang kena, tapi diserang secara private, dua hari pastu aku plak diserang secara terang-terangan. haihh mcm ada yg rancang je. Takpelah, xkisa pon~ Lalala~ X semua org pun akan suke kita, normal. haha!



Faizaldin a.k.a Pjoe (Painter and Comic Artist)

Pjoe, nama ni memang popular sekarang, artis UJANG la katakan. huhu~ Nama dh makin naik la bro~
Alhamdulillah dia x lupe aku walaupun dh jd artist popular :)



Pjoe, artwork2 dia kebanyakannya versi painting (photoshop),
Skali tgk mcm vector sebab painting dia sharp kn?
Pjoe x penah guna Illustrator, ini ialah artwork Raster.


Macam mana kenal?

- Memula kt KREKO. Pastu usha deviantart dia, trus teruja sebab dia pandai wat painting. Selalu kaco kt skype, ym.. then ber'sms n bla2.. Start jd rapat ms praktikal. Disebabkan aku rs dia ni berbakat, tapi xde pekerjaan yang tetap plak, ruginya bakat dia. Terasa nak tolong. Aku offer dia jd animator kt tempat aku. Malangnya, dia tolak sebab x sanggup nak tinggalkan parents dia kt rumah~ anak yang baik. Aku risau, harap dia dpt pekerjaan yang baik, dan akhirnya dia bgtau aku, dia try anta artwork kt UJANG, dan Alhamdulillah dia berjaya juge jd kartunis.

- Aku tak sangka plak dia akan guna nama aku utk trademark artwork dia. Thank you~

- LOVE STORY - kisah cinta antara FIRA & BLACK. Jgn salah faham ye, watak ni bukan lah kisah sebenar kitorg, ada la skit2 perangai aku (cm suke minum kopi), tapi kebanyakannya rekaan semata2, dan kami berdua x penah bercinta pun~ Dia sifu aku~ itu ajer~ penah juge aku kasi idea utk komiknye~

*Dia pandai main muzik juge.. Haishh mmg terasa nak belasah je.. hebat sgt.. XD Ahaks~

end~