Malaysia-Indonesia

Congrat kepada pasukan Malaysia. Aku hidup separuh2. Malaysia, juga Indonesia. Atas sebab tu aku tak memihak mana-mana. Cuma, tadi ku menangis juge terbaca komen-komen penghinaan bangsa. Aku tak boleh, tak sanggup. Terus terang aku bgtau, aku kecik hati kalau ada kawan-kawan yang mengutuk Indonesia. "Orang Indon BODOH, bangsa MURAHAN" dan seangkatan dengannya. Aku tak kisah kalau korang nak tunjuk rasa tak puas hati ke atas penonton, fan, rakyat yang sememangnya buat masalah, cuma tolong jaga bahasa sikit. Jangan sampai timbul soal racist, yang mengutuk bangsa itu bangsa ini.

Malaysia kutuk Indonesia atau Indonesia kutuk Malaysia, dua-dua buat aku sakit hati. Walaupun jiwa aku lebih ke Malaysiaan, asal dan tanah kelahiran aku tetap Indonesia. Bagi aku dua-dua negara aku. Aku minta maaf la kalau aku berterus terang sebab sejak aku kecik lagi aku ada masalah ni, so aku nak kawan-kawan faham dan tahu sensitiviti aku.

Situasi 1
Setiap kali mulanya tahun persekolahan, aku paling takut bila disuruh perkenalkan diri kerana namaku yang pelik dan aku tak mahu orang tahu aku Indonesia. SEBAB taknak dikutuk.

Situasi 2
Aku menang no1 pertandingan kafa Agama, diumumkan semasa perhimpunan sekolah, bila cikgu sebut nama penuh aku, FIRA ADRIANTA BINTI MULIONO, semua budak kat sekolah tu ketawa kan aku. Aku malu, xnak amik hadiah, gara-gara nama INDO-ku.

Situasi 3
Prejudis cikgu perempuan yang bencikan Indonesia, ku dihina. Dia memburukkan aku depan ibu kawan baikku, kononnya aku lah yang mengajar kawanku cakap, "babi", "sial", padahal kawanku tu memang mcm tu, kenapa aku yang dipersalahkan sedangkan aku tak pernah pun sebut perkataan tu.

Situasi 4
Dan yang paling menyakitkan hati bila cikgu tu kata, "bapak awak kerja kilang kan?". Dalam hati, "Hello~ tolong skit bapak sy engineer. owh bila Indonesia je, nak kata papa kerja buruh ar?". Atas sebab dasar hormatku kerana beliau ialah cikgu, maka ku diam je.

Situasi 5
Ini kerap sangat berlaku dari dulu. Kadang-kadang ada kawan yang tak sedar, bila dorg membenci orang Indonesia, terkeluar perkataan-perkataan yang menyakitkan seperti, "Orang Indon memang mcm tu, x sedar diri, dah la menumpang negara orang". Walaupun dorg tak tujukan pada aku, aku mesti akan balik rumah dan menangis. Ada juga kawan yang alert dan faham sensitiviti aku, terima kasih.

Aku ingat aku je yang ada prob mcm ni, yela dalam adik beradik aku sorg je yang lahir kat Indonesia. Adik-adik semua Malaysia. Tapi bila mula sekolah, ku selalu menolong dorg tulis nama kat buku2 sekolah, dorg akan cakap, "weih jgn tulis nama PAPA tau". Rupanya dorg pun nak sorokkan identiti. Muhammad Faizal, Ahmad Yusuf, Ahmad Fuad, tanpa BIN.

Bila aku dah dewasa, aku mula berfikir. Bukan salah papa atau mama yang lahir di Indonesia, bukan salah mereka juga aku lahir disana. Kenapa aku harus malu dengan bangsaku sendiri. Sekarang aku tak kisah lagi nak sebut nama penuh kat mana-mana, FIRA ADRIANTA BINTI MULIONO. Who cares?

Ini bukan soal bangsa, tapi individual. Kita semua sama, dari Adam dan Hawa, kita juga semua saudara. I'm proud to be MALAYSIAN, but I'm also INDONESIAN. Cannot run from it, it is my blood relation. End~!

Mini Celebrate (26 Dec)





Thanks kat adik2 aku ni~ muahhh!!

Kasih

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.


Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.


KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.


Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.


"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..


"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"


"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.


"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."


"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."


CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.


"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?



LOVE isn't about whom you have know the longest, who came first or who cares the best...

but its about who CAME & NEVER LEFT...!

Menangislah…



Sumber: Azuan Shah Tahir

Outing~ oww KL~




Dah sihat lah nampaknya adik aku nih.. Alhamdulillah..
Pizza-hut lagi hari ni.. nostalgia lama..

Kecantikan Lelaki Kegagahan Wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
4) Lelaki yang baik sangka.
5) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati seperti yang ada pada Nabi Muhammad.


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:

1) Wanita yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Wanita yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Wanita yang tabah setelah ditinggalkan.
4) Wanita yang tidak meminta-minta agar memenuhi keinginannya.

Kegagahan wanita berdiri di atas teguhnya iman seperti yang ada pada Khadijah.


Ash vector

Kenapa rambut merah?? Saje je aku ubah-ubah..
Jangan mara ye encik~


Then after this I'll try new style that more sharp than previous..
In progress learning a new tool.. maybe takes much time but i DON'T CARE!!!
Go Go!!

Oh hari ni ~

Bangun pagi-pagi, benda pertama yang ku capai, encik Gitar. Oh lupa bagitau, beliau ialah boyfren baru sayer.. Kenapa? Ada masalah ke?? Goreng-goreng sampai termasak kacang tanah, telepon berbunyi, "Beep Beep", sorry la sayer tak pasang ringtone plak. Ohh lupe yang ia di'silent semalam. Melihat nama, owhh Anyss (junior-ku), "Akak sayer dah on the way".. Baik~ Roger and out~

Meninggalkan boyfren ku sendirian di rumah, "Sayang, nanti I balik main dengan U lagi yer".. Hmm sayer give up dah dengan dia, tapi sayer sayang dia lagi.. (aku memang takde bakat dalam muzik).. "Darling, jaga bilik I elok2.. " Dia tak menjawab ape-ape, senyap je.. Bengang juga rasa..

Drive sampai Balai Seni Lukis bersama Anyss, kali ni tak sesat~ yey bravo Fiera~ Balik tu terus lepak Mines. Macam biasa la, wayang tu perkara wajib. Eh eh nak tengok cerita orang putih, bawa adik plak, mesti la banyak citer 18 ke atas. Option yang ada cuma cerita "AKU TAK BODOH".. Mula-mula pikir macam tak best je, "Layan je lah".. Dah masuk panggung aku lah yang berguling-guling ketawa. Tolong doktor Eddy perut sayer terburai.. Tak jahit pakai benang pun takpe, pakai stappler, cepat dan pantas.

Pastu jenjalan jap cuci mata.. waahhh banyaknya dress yang cantik2.. murah lagi.. "Kenapa la time tengah-tengah bulan ni banyak tol muncul".. Mata berpinar-pinar.. Tolong~~~ jauhkan sayer dari malapetaka ini~~~~

Encik Setan: Hoi beli ler baju tu.. Bukan senang nak jumpa baju yang ko suke.. Tak beli menyesal..
Aku: Ehh betul juga.. Cantiknya~~~
*Tendang encik Setan..
"Mana aku nak kopek duit sampai akhir bulan nanti mangkok.. Ko ni memang Setan lar.."
(yey aku berjaya sepak encik Setan, aku lagi jahat rupanya)
Ala bulan depan mesti ada baju yang lagi besh dari ni.. huh~!!

Balik rumah makan sushi, kena pau lagi dengan adik aku yang suci murni tu..

Ehh jumpa lagi dengan boyfren-ku.. Hug~!
"Darling, I tak boleh main dengan U malam-malam ni, U ni bising sangat.. Jiran-jiran tak boleh tahan nanti diorang baling telur kat tingkap"

"HOI DAH MALAM JANGAN LAH MAIN GITAR LAGI!"

(Tolong jangan berfikiran kuning)




6 Bintang - BESHHHHHH~!


Freelance Photo Editing






Freelance photo editing..
For service please do mail me at : fierakittenz@gmail.com


*P/S: Bila la aku nak beli CAMERA DSLR ni.. duit-duit.. kumpul-kumpul..

Suara dengarkan aku

Aku sukakan seseorang..
masih sukakan seseorang..
hati selalu tertanya-tanya..
adakah aku mencintai dia?

Mencari-cari..
dimana jawapan itu..
cuba menyelam sedalam-dalamnya..
ke dasar hati ini..

Aku menyedari..
aku tidak dapat memiliki kamu..
kamu dimiliki seseorang..
namun aku redha..
asalkan kamu bahagia..
kita kawan.. ya kita memang kawan..

Aku keliru..
aku masih bingung..
saat kemunculan gagak hitam..
yang ku sangka merpati..
bakal membawa ku akan terbang ke awan putih..
tetapi terjunam jauh ke lembah gelap..

Aku melarikan diri..
hati ini kerap dilukai..
kulit ini seakan dihiris..
dimamah oleh sang gagak..
seperti bangkai tikus..
dilonggokkan sampah..

Tolong aku..
bantu aku..
aku takut..
aku menangis..
aku kecewa..

Lalu ku melihat..
muncul sekumpulan kunang-kunang..
memberi seribu cahaya..
lalu aku tersedar..
aku masih ada mereka..
teman-teman sejati..

........................................................................

Wahai kamu..
Kini kamu sendiri..
Aku juga sendiri..
Adakah masih ada peluang untuk kita..
Membuka buku baru?

Kamu..
wahai kamu..
adakah kamu tahu..
dalam hati ini..
masih ada kamu..

KAMULAH YANG TERBAIK..
SELALU YANG TERBAIK..


(Bosan kan dengar minah ni merepek..?)

Hello DJ Xyz disini..
atas permintaan seorang gadis,
sayer akan mainkan sebuah lagu dari "Hijau Daun - Suara"
katanya ingin mendedikasikan lagu ini untuk lelaki idaman dia..
Harap kamu semua terhibur..
Enjoy~