Not the end yet



Walaupun aku dah berjaya terpilih untuk ke Pameran Rintis, tidak bermakna ia dah berakhir dan aku boleh rilek goyang kaki. Ia belum tamat lagi. Matlamat aku sekarang adalah untuk menjadi salah seorang yang terpilih untuk bertanding dalam KL design week. Siapa rasa nak gelak atau memperlekehkan matlamat aku, sila ketawa puas-puas. Aku memang tak pernah berpuas hati dengan artwork yang aku hasilkan. Jika senior aku tu, Eng Kit boleh jadi salah seorang yang berjaya masuk KL design week, maka aku pun boleh. Sama ada berjaya atau tidak, terpulanglah, yang penting aku berusaha keras.

Ini bukan masanya untuk berehat, bersuka ria atau nak "honeymoon". Inilah kemuncak masa paling berharga sebelum kita semua grad. Apa yang aku fikir, aku nak bila aku grad nanti, ada banyak kenangan indah yang aku cipta selama aku berada di USM dan aku nak keluar dengan bangga sebagai salah seorang pelajar yang berjaya. Tiada penyesalan di kemudian hari. Inilah masa untuk kita tunjukkan siapa kita dan masa pameran nanti akan ada ramai orang-orang "besar" yang akan tengok hasil kerja kita. Ini membabitkan masa depan. Walaupun karya aku tu masih terlalu banyak kekurangan tp aku nk cuba baiki lagi sebelum pameran tu.

Serius, aku berusaha keras dalam projek akhir aku kali ni. Selalu tak tidur malam sampai sakit-sakit. Aku bukan nak cakap ape la, tapi aku tak suka gak dengar orang cakap "yela ko terer boleh la buat".. Banyak la.. Aku amik masa berapa lama untuk belajar benda alah ni?? Secara "basic" aku mula dalam arena mewarna digital ni dah hampir 2 tahun, tapi "painting" aku baru je setahun. Dalam tempoh 2 bulan ni, memang aku pulun habis-habis, belajar sambil buat. Tenat gak rasa sampai "roomate" dan "boyfren" aku pening tengok jadual aku yang kucar kacir. Bayangkan lah dengan terlibat lagi jadi AJK Rintis, beban gak kepala aku ni.

Sebelum tu, aku memang nak minta maaf banyak-banyak lah kat semua member. Bukan ape, sekarang ni aku memang kurang sangat bersama dengan korang semua. Banyak aktiviti yang aku batalkan, maaf sangat-sangat. Otak ni memang berserabut. Ada masa, lepas semua ni selesai harap kita semua akan luangkan masa bersama ok..

Kepada kawan-kawan yang kurang bernasib baik, janganlah putus asa. Masih ada masa lagi ni, tolong lah berusaha keras demi masa depan korang. Jangan rasa "down", perjalanan hidup ni belum berakhir, buktikan yang korang juga mampu.. GOOD LUCK and ALL THE BEST FOR U GUYS~

No comments: