Memori Rintis

Cerita tentang perkara yang berlaku sepanjang pameran FYP.. Sebenarnya aku tak puas pun dengan projek aku ni, ia tak cukup.. Terutama dari segi produk, terlalu skit.. s**t aku benci sungguh dengan seorang pensyarah ni. Dia asyik kata "Fokus pada illustration, jgn pkir produk".. Kalau lah aku dengar cakap En. Shahrul awal-awal kan bagus.. Lagi satu masalah ialah duit.. Aku memang sayang gila lah kat En. Shahrul, dia banyak tolong aku dan dia cakap dia amat berpuas hati jadi penyelia aku.. dia minta salinan dan video proses illustrasi tu sebagai simpanan dia untuk junior-junior aku akan datang.

Sebenarnya sebelum pameran tu, terus terang aku cakap, aku lalui keadaan yang sangat teruk. Boleh dikatakan tak dapat dikira perasaan putus asa tu jenuh mendatang. Lebih-lebih lagi masa melukis manual, aku tak lukis ukuran figure realistik (agak kartun juga), jadi bila aku cuba realistikkan ketika "painting", ada macam-macam masalah timbul, contohnya kepala jadi besar, tangan jadi kecik sangat. Masa peringkat lukisan tak nampak benda tu tapi lepas di"painting"kan ia nampak dengan jelas. Aku terpaksa kejar masa lukis balik tapi bukan manual lagi. "On the Spot" aku terpaksa "imagine" dan lukis secara kasar dan terus "painting"kan. Lagipun lepas di"painting", ia tak sama dengan lukisan asal sebab aku banyak ubah masa proses mewarna.

Dalam masa 2 bulan je aku belajar sambil buat dan kejar masa sampai tak cukup tidur mengadap benda alah tu. Aku tak "satisfied" hanya kerana artwork tu tak siap sepenuhnya. Aku rasa sedih gila lepas print tu. Tapi yang buat aku gembira bila orang disekitar sangat menyukai artwork tu, legalah jadinya walaupun artwork tak siap. Mula-mula illustrasi aku tu takde "soul", tapi lepas Eng Kit kritik kata "artwork yang berkualiti adalah artwork yang ada jiwa" bermaksud "hidup".. Jadi aku berusaha masukkan jiwa dan perasaan aku dalam proses pembikinan tu, Alhamdullilah, ia nampak hidup.. Untuk FYP ni orang-orang yang jadi "guide" atau pengkritik sepanjang proses adalah En. Shahrul, Eng kit dan Pjoe..

Satu perkara yang agak dikesalkan, nape tah hari penutup yang sepatutnya hari sabtu dipendekkan ke hari jumaat. Terpaksa susahkan Iwan dan Mad kemas barang-barang aku memandangkan waktu tu keluarga aku datang Usm melawat aku. Kesian kat diorang.
Perkara yang paling mengembirakan sepanjang pameran bila papa dan mama aku sangat teruja dengan karya aku. Aku buat yang terbaik pun untuk diorang juga memandangkan dulu dioranglah yang paling tak setuju aku memilih jalan hidup sebagai orang seni. Jika imbas kembali zaman kanak-kanak aku, aku memang suka melukis sampai tiap tahun "parents" aku kena cat rumah disebabkan penghasilan "masterpiece" yang aku curahkan kat dinding rumah.. Haha.. diorang cukup tak suka aku melukis terutamanya mama aku, yelah dia nak anak dia jadi doktor atau kerja-kerja yang nampak "berintektual" sampai aku takut nak melukis depan dia.

Syukur sangat sekarang ni diorang menyokong aku. Aku rasa terharu bila papa aku tulis "Wonderful" dan mama aku tulis "Good! Sangat cantik!" dalam buku komen aku. Nampak lah terpancar sinar di wajah diorang, tak sangka diorang betul-betul bangga dengan aku. Yang kelakarnya masa pameran tu diorang asik pusing-pusing dan terpacak je kat booth aku sambil memerhatikan artwork aku. Lebih-lebih lagi tiba-tiba datang pulak Edho dan Hafif menambahkan pujian sampai aku lari sembang dengan Haqqieff sebab taknak dengar perbualan diorang.. Terima kasih sebab backup aku.


Aku tak menyesal join Rintis walaupun busy tapi yang buat aku rasa gembira dapat berkenalan dengan budak-budak Chinese yang hebat seperti Kim, Alle dan Sean.. seronok dapat rapat dengan diorang. Masa pameran plak, aku jadi baik dengan Sean, dia asik datang kat booth aku dan amik gambar.. Dia ajak aku buat pameran kat luar sama-sama lepas ni. En. Shahrul pun kata aku dengan Sean boleh bekerjasama dan jangan "lost contact" sebab kitorg berdua ada connection dalam art. Aku pun rasa teruja bila dia nak belajar cara-cara aku buat painting, bertukar-tukar ilmu, ni yang aku suka kawan dengan orang yang hebat macam Sean (ada sesuatu yang boleh dikongsi - "give and take").


Apepun, ada benda yang best dan ada juga benda yang tak best berlaku.. Hidup ni biasa lah macam ni.. Takde yang mudah. Nak kejayaan kena lalui kegagalan dulu kan.. Ingatkan lepas pameran boleh rilek, tapi semakin busy plak.. haha agaknya hidup aku memang berterusan macam ni kot, busy memanjang..






Artwork yang paling diminati ramai, Mahsuri :)





Poskad yang asik hilang dicuri


2 comments:

milah hasan said...

poskad?! x sempat curik..huk3

Mr Hasker said...

erkk..dalam bilik najib ader satu..dea curikk kot..aku nak curik gak ri tu..tp kantoii.:-0