Satu masa di kelahiran seekor anak kucing di dunia yang tidak mengenal erti cinta dalam hidupnya..sungguh putih sungguh bersih..suatu ketika, seorang insan A muncul menunjukkan rasa minat, perhatian dan cinta kepadanya..lalu si kucing dibawa pulang..diberikan makan, minum, kasih sayang yg x berbelah bagi..bagi si kucing, insan ini sungguh istimewa..tiada orang yg mampu menggantikan tempat insan A..insan A la tempat ia bermanja, bermesra, mencurahkan kasih..ia dijaga dengan baik..segala-galanya sempurna bg si kucing..ia seolah-olah memberi petunjuk bahawa insan A lah org yang akan menjaganya seumur hidup ini..si kucing berasa sgt bahagia..walaupun ia dikurung di dalam sangkar emas..namun ia tetap gembira..
Tiba-tiba insan A berubah..dengan kemunculan seekor binatang yg lebih comel..namun si kucing tidak mahu meragui cinta insan A kepadanya..insan A semakin dingin..menjauhkan diri..si kucing tidak memahami..apakah salahnya..apakah dosanya kepada insan A..ia tidak lagi diberi makan, minum dan kasih sayang..si kucing berusaha memujuk insan A..lalu ia ditampar jatuh..namun ia masih tidak berputus asa..ia cuba bermanja..menunjukkan dirinya masih diperlukan..ia skali lagi dipukul..malah disepak sehingga dirinya terluka..kemudian ia dicampak keluar rumah..
Si kucing menunggu dan terus menunggu dengan sabar..hujan lebat membasahi dirinya yg dibuai dengan kesepian hidup..sendiri..kelaparan..tanpa kasih sayang sesiapa..dirinya hampir layu..lemah dan kedinginan angin malam yang membekukan sendi2 tulang..ia tidak tamat disini..
disaat insan A keluar dari mahligainya, si kucing cuba sedaya upaya untuk bermanja agar insan A mahu membelanya semula..dia merasa si kucing sangat merimaskan, jijik dan tidak terurus..
Lalu ia diseksa..ditikam dengan kejamnya..akhirnya di campak ke dalam tong sampah..Si kucing tidak mampu lg berdiri..kematian semakin menghampirinya..dunia semakin gelap..
Disaat itu..muncullah beberapa makhluk tuhan yg sangat baik hati..si arnab, katak, tupai, kelawar dan pelbagai binatang lagi..membantu mengubat luka..memberikan ikatan persahabatan yang sejati..memberi kasih sayang..perhatian..sehingga si kucing sihat kembali..si kucing merasakan seperti di lahirkan semula..ia tidak mahu lg percaya pada manusia..si kucing semakin gembira dengan hidupnya..bebas..Si kucing menjadi liar..xmahu lg di pegang oleh manusia..ia sangat berwaspada..ada beberapa manusia yang ingin menangkapnya namun ia berjaya lari..ia akan mencakar sesiapa sahaja manusia yg cuba mengambilnya..
hinggalah kemunculan insan B..pada mulanya insan B juga tidak disenangi oleh si kucing..kerana si kucing berasa sgt takut..namun insan B tidak berputus asa..dia terus cuba menjinakkan si kucing yg sgt liar..dia langsung xtakut digigit..akhirnya si kucing merasakan..insan B bukanlah jahat seperti ape yg difikirkan..lalu si kucing diberi kasih sayang..si kucing berasa sgt gembira..namun ia masih lagi takut..ia tidak mahu sejarah hitamnya berulang kembali..
insan B menjadi tempat ia bermanja dan berkasih..namun belum masanya untuk insan B memiliki si kucing kerana si kucing masih belum bersedia sehingga suatu ms nanti parut luka ini sembuh sepenuhnya..
3 comments:
aik..terbalik gambar tu..huhu...
paham2...
aihh korg phm ke??
bgs2..
Post a Comment