Mula memandu balik setelah 5 tahun tak menggunakan langsung lesen kereta ku yg hanya dijadikan perhiasan dalam dompet semata-mata.. Aku cukup benci memandu..
Bila dah mula kerja ni, nak tak nak kena lah jugak paksa diri.. Mula-mula memang janggal.. Hari ni masuk hari kelima aku bawa kereta ke tempat kerja.. heh.. sesat buat kali kedua.. kali ni memang teruk sebab aku terkandas dan sesat hampir 4 jam kat jalan raya. Dan yang paling menakutkan hampir kemalangan dua kali..
Balik dari kerja aku bergegas ke Cyberjaya, dalam perancangan nak makan malam dengan buah hati.. damn sesat ntah ke mana.. korang boleh bayangkan tak tiba-tiba ada jalan mati tanpa ada apa-apa amaran atau tanda bahawa jalan tu jalan mati.. gila!! Aku tengah memandu laju dalam gear 4 tetiba kena berhenti mengejut sampai enjin kereta mati, masuk tempat gelap cam hutan.. banyak anjing pulak tu.. memang ngeri la.. aku hampir nak langgar pokok.. Astagfirullah.. Alhamdullilah umurku masih panjang..
Yang kedua sebab aku lalu simpang sambil jawab henpon.. memang salah sendiri la.. hampir-hampir je nak langgar kereta orang.. uishhh bahaya.. kena berhati-hati lain kali..
Aku sesat tak tahu macam mana nak balik.. pusing-pusing sampai masuk kawasan perumahan ntah mana-mana sampai aku give up!! Nasib baik hubby aku tolong.. dia balik kerja bergegas cari aku.. thank you dear..
Melancholy under Duress
2 years ago
No comments:
Post a Comment