Jareq Vector

Why i used hardly contrast yellow orange??
I think he's hot.. XD

Who is he?? my big bro~
one of my good friend :)

--------------------------------------------------------------














Siap dalam masa 5 jam..
Software: Illustrator CS5


Untuk yg lebih detail, download file tutorial aku kt bawah ni:

Download file

Medan 5 - Miki Holiday

Salah satu tempat permainan yg popular..
Ala-ala cam Genting Highland tapi versi Indonesia..
Dengar cerita tempat ni diuruskan oleh orang yang sama membuka Genting..
Aihhh aku pon tak tau lah..
Layan~











Medan 4 - Gunung Sinabong



Sebelum ni aku selalu tengok gunung berapi yang mati kat Indonesia,
tapi kali ni 1st time tengok yang aktif.. kemungkinan besar akan meletup..
Aku dapat tau yang lava dah mula mengalir dari puncak gunung..
kedudukan aku lebih kurang 5 kilometer dari gunung.

Medan 3 - Salon


Aku ingat nak kerinting dan warnakan rambut perang.
Sekali harga macam harga Rebonding pula. Aisehh..
Dah tu aku cut rambut depan dan iron je.. XD

Medan 2 - Fountain

Setiap kali aku balik Medan,
restoran pertama yang aku nak pergi,
Fountain!!
Penuh dengan aiskrim fantasi.
Huarggghhhhhh!!



Meleleh air liur..


Jangan jeles yer.. XD
Aiskrim Chocolate Avocado..



Cousin aku :)



Medan 1 - Bunga Api

Aha.. baru je bekerja lebih kurang 2 minggu,
dah minta cuti 10 hari gara-gara tiket balik Medan dah dibeli 3 bulan lalu.
Dah lama kitorang tak balik sekeluarga.



Mercun mmg senang nk cari, melambak-lambak.
Kalau kat Malaysia ni sure kena humban dalam lokap dah.




Anak-anak saudara aku sibuk berebut mercun.



Faizal, adik aku yang dah besar panjang ni pun main gak. Adoi~!



Aku mmg berisi sekarang. Jangan komen -___-''

Hampir kemalangan

Mula memandu balik setelah 5 tahun tak menggunakan langsung lesen kereta ku yg hanya dijadikan perhiasan dalam dompet semata-mata.. Aku cukup benci memandu..

Bila dah mula kerja ni, nak tak nak kena lah jugak paksa diri.. Mula-mula memang janggal.. Hari ni masuk hari kelima aku bawa kereta ke tempat kerja.. heh.. sesat buat kali kedua.. kali ni memang teruk sebab aku terkandas dan sesat hampir 4 jam kat jalan raya. Dan yang paling menakutkan hampir kemalangan dua kali..

Balik dari kerja aku bergegas ke Cyberjaya, dalam perancangan nak makan malam dengan buah hati.. damn sesat ntah ke mana.. korang boleh bayangkan tak tiba-tiba ada jalan mati tanpa ada apa-apa amaran atau tanda bahawa jalan tu jalan mati.. gila!! Aku tengah memandu laju dalam gear 4 tetiba kena berhenti mengejut sampai enjin kereta mati, masuk tempat gelap cam hutan.. banyak anjing pulak tu.. memang ngeri la.. aku hampir nak langgar pokok.. Astagfirullah.. Alhamdullilah umurku masih panjang..

Yang kedua sebab aku lalu simpang sambil jawab henpon.. memang salah sendiri la.. hampir-hampir je nak langgar kereta orang.. uishhh bahaya.. kena berhati-hati lain kali..

Aku sesat tak tahu macam mana nak balik.. pusing-pusing sampai masuk kawasan perumahan ntah mana-mana sampai aku give up!! Nasib baik hubby aku tolong.. dia balik kerja bergegas cari aku.. thank you dear..